Pengalaman Raya 😻
Hai Assalammualaikum. 😍Selamat Hari Raya Semua, Maaf Zahir dan Batin.😊 Hari ini aku nak berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman hari raya aku untuk tatapan pembaca-pembaca. Pada malam terakhir puasa, aku sekeluarga telah pun mula memasak makanan-makanan sempena raya. Kami masak macam-macam, kami masak lemang, kari ayam, rendang ayam kuning, nasi impit, perghh banyak lagi ahh. Seperti tahun-tahun yang sebelum ni, di saat kami yang perempuan, yang dewasa-dewasa ini memasak, yang kecik-kecik seronok main bunga api luar rumah. Bunyi mercun yang bertalu-talu namun itu tak menghalang kami untuk meneruskan kerja-kerja memasak kami. kerja berja;an sepanjang malam sehingga keesokkan pagi. Penat wehh 😫 tapi best sebab aku jadi orang yang merasmikan makanan-makanan tu bila berbuka 😆 Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. laungan takbir dipagi raya mengejutkan aku pada pagi raya. Aku merasa gembira namun dalam gembira aku ada sedih kerana merindui arwah atok aku yan...